Sukan SEA, Silat: Walaupun kaki luka berdarah, Nur Alfian genggam Emas buat Singapura
Pesilat Singapura, Muhammad Nur Alfian Juma'en menewaskan Tran Dinh Nam dari Vietnam 5-0 dalam perlawanan peringkat akhir di Singapore Expo hari ini (14 Jun).
SINGAPURA: Pesilat negara, Muhammad Nur Alfian Juma'en menjulang pingat Emas bagi acara tanding Kategori F (70-75 kilogram).
Nur Alfian menewaskan Tran Dinh Nam dari Vietnam 5-0 dalam pertarungan peringkat akhir di Singapora Expo hari ini (14 Jun). Dia meraih kejayaan itu meskipun kakinya berdarah dan begitu ketara melumuri medan pertarungan semasa pusingan ketiga.
Ini bermakna Alfian berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam Sukan SEA. Dia menjuarai kategori yang sama dalam Sukan SEA 2013.
Pingat emas ini adalah yang pertama bagi pasukan silat negara dalam Sukan SEA kali ini. Ia tambahan kepada 1 perak dan 6 gangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.