Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: S'pura menang dua pingat emas dalam acara ski air

Peserta negara, Mark Leong menang emas acara slalom mengalahkan lima peserta lain. Atlit wanita, Shasa Christian turutmengatasi empat peserta lain untuk meraih pingat emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jun 2015 09:53PM Dikemas Kini : 13 Jun 2015 09:57PM

SINGAPURA: Di Kolam Air Bedok pagi tadi (13 Jun), acara ski air menyumbang dua lagi pingat emas kepada tuan rumah.

Peserta negara, Mark Leong menang emas acara slalom mengalahkan lima peserta lain.

Markah yang dikumpulkannya juga merupakan satu rekod baru Sukan SEA.

Peserta Indonesia, Indra Hardinata menang perak manakala peserta Malaysia, Alexander Loong raih gangsa.

Acara serupa bahagian wanita juga dimenangi peserta tuan rumah.

Shasa Christian mengatasi empat peserta lain untuk meraih pingat emas.

Ini merupakan pingat emasnya yang kedua dalam Sukan SEA kali ini.

Seorang lagi peserta Singapura, Kalya Marisa Kee menang pingat gangsa.

Peserta Indonesia, Ummu Thoyibhatus Sholikah pula menang perak.

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan