Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Emas ke-70 S'pura menerusi acara menembak

Singapura meraih pingat emas ke-70 negara menerusi acara menembak hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2015 09:22PM Dikemas Kini : 12 Jun 2015 09:58PM

SINGAPURA: Singapura meraih pingat emas ke-70 negara menerusi acara menembak hari ini.

Pasukan "trap" lelaki negara terdiri daripada Choo Choon Seng, Lim Hejun dan Mohd Zain Amat mencatatkan 343 mata untuk menduduki tangga pertama daripada lima pasukan yang bertanding.

Pasukan dari Malaysia dan Filipina masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Dalam senarai pungutan pingat, Thailand menggantikan Singapura di tempat pertama setakat malam tadi.

Sehingga 9.20 malam ini, Singapura berada di tempat kedua dengan 70 pingat emas, hanya 1 emas di belakang Thailand. Vietnam pula di tangga ketiga dengan 62 emas.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan