Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Dua pesilat wanita gagal ke peringkat akhir

Dua srikandi negara gagal mara ke peringkat akhir esok selepas ditundukkan oleh pesaing masing-masing hari ini (13 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jun 2015 09:34PM Dikemas Kini : 13 Jun 2015 09:39PM

SINGAPURA: Dua srikandi negara gagal mara ke peringkat akhir esok selepas ditundukkan oleh pesaing masing-masing hari ini (13 Jun).

Dalam peringkat separuh akhir acara Tanding Kategori 'D', Nurul Suhaila Mohd Saiful berdepan dengan pencabar dari Malaysia, Siti Rahmah Mohd Nasir.

Siti berjaya mematahkan strategi Suhaila dan menjatuhkannya beberapa kali.

Suhaila kalah 0-5.

Dalam acara Tanding Kategori 'B' pula, Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin mengalami nasib serupa semasa bertemu pencabar dari Laos.

Nur Shafiqa melakukan beberapa teknik sapuan namun tidak menepati sasaran.

Dia juga terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Keputusan muktamad 4-1 berpihak kepada pesilat Laos.

Pesilat Negara, Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin: "Saya rasa setiap pertandingan amatlah sengit, sesiapa sahaja boleh menang. Jadi kita harus sentiasa bangkit daripada kekalahan dan cuba lagi dalam pertandingan seterusnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan