Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA dayung: Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee raih pingat gangsa

Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee merangkul pingat gangsa dalam acara 500 meter Sculls (Lightweight) wanita pagi ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2015 11:13AM Dikemas Kini : 11 Jun 2015 08:47PM

SINGAPURA: Atlit sukan dayung Singapura, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee, yang sebelum ini menjalani latihan di Sydney sebagai persiapan bagi Sukan SEA ke-28, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa pagi ini.

Ini setelah beliau mencatat masa 1 minit 46.46 saat untuk menduduki tempat ketiga dalam kalangan lima peserta yang mengambil bahagian bagi acara 500 meter Sculls (Lightweight) wanita.

Maryam Makdalena Daimoi dari Indonesia memenangi pingat emas setelah mencatat masa 1 minit 44.29 saat dan pendayung Thailand, Phuttharaksa Neegree merampas pingat perak dengan masa 1 minit 45.75 saat.

Dalam perlumbaan lain, Chen Mingxiang menduduki tempat kelima dalam acara 500 meter Sculls (Lightweight) lelaki, sementara gandingan Sharan Mahtani dan Wang Nan Feng juga menduduki tempat kelima dalam acara 500 meter Sculls (Lightweight) wanita.

Gandingan Jonathan Chua dan Joash Chong pula setakat menduduki tempat ketujuh dalam acara 500 meter Sculls (Lightweight) lelaki.

Gandingan Joan Poh dan Joanna Chan terlepas peluang untuk memenangi pingat setelah mereka menduduki tempat keempat.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan