Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA boling: S'pura raih 2 perak, 1 emas

Dalam acara boling hari ini, Singapura menang tiga pingat termasuk satu emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2015 08:43PM Dikemas Kini : 11 Jun 2015 08:49PM

SINGAPURA: Dalam acara boling hari ini, Singapura menang tiga pingat termasuk satu emas.

Dalam acara pasukan lelaki, gandingan tiga peserta tuan rumah, Howard Saw, Keith Saw dan Javier Tan berjaya meraih pingat perak setelah mengatasi Indonesia dengan tiga jatuhan pin. Pingat emas menjadi milik Malaysia.

Dalam acara serupa bagi wanita pula, dua pasukan Singapura menang emas dan perak.

Gandingan Bernice Lim, Cherie Tan dan Shayna Ng menang emas setelah melakukan 3,963 jatuhan pin. Pasukan Filipina menang gangsa. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan