Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA, Badminton: S'pura raih 2 gangsa, akhiri kempen

Skuad badminton negara mengakhiri kempen Sukan SEA hari ini dengan menyumbang dua pingat gangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jun 2015 08:39PM Dikemas Kini : 15 Jun 2015 09:21PM

SINGAPURA: Skuad badminton negara mengakhiri kempen Sukan SEA hari ini dengan menyumbang dua pingat gangsa.

Bagi peringkat separuh akhir acara perseorangan lelaki, pemain negara Loh Kean Yew menentang pesaingnya dari Malaysia, Mohammed Arif.

Meskipun menguasai awal perlawanan, Loh gagal mempertahankan kelebihan mata yang diperolehinya dalam set pertama dan tewas 22-20.

Nasib yang serupa berulang sekali lagi dalam set kedua setelah Loh melakukan banyak silap. Loh kalah dua set dan berkongsi pingat gangsa bersama pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk.

Beregu lelaki Singapura juga tidak berjaya mara ke peringkat akhir setelah tewas 2 set, 21-12, 21-18 di tangan pesaingnya dari Indonesia.

Gandingan Danny Bawa Chrisnanta dan Chayut Triyachart cuba sedaya upaya untuk bangkit dalam set kedua, namun pasukan Indonesia ternyata lebih handal.

Pasukan Singapura terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa yang kedua dalam sukan badminton.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan