Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Aisyah menang Gangsa kedua, adiknya Syahir menang perak acara mendayung

Pasukan Singapura berjaya meraih sebutir pingat perak dan dua pingat gangsa meskipun dalam keadaan cuaca mendung di peringkat akhir sukan dayung Sukan SEA hari ini (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2015 02:28PM Dikemas Kini : 14 Jun 2015 08:55PM

SINGAPURA: Kawasan Marina Singapura bergema dengan sorakan dan tepukan gemuruh apabila pasukan tuan rumah mengutip sebutir pingat perak dan dua pingat gangsa meskipun dalam keadaan cuaca mendung di peringkat akhir sukan dayung Sukan SEA ke-28 hari ini (14 Jun).

Dalam kategori "lightweight" 4 sepasukan lelaki (1,000m), Singapura menang pingat perak yang pertama dalam sukan itu apabila Syahir Ezekiel Rafa'ee menerajui rakan-rakan sepasukannya Pek Hong Kiat, Lee Zong Han dan Nadzrie Hyckell Hamzah untuk menduduki tempat kedua dengan masa 3 minit 05.25 saat.

Acara mendayung "lightweight" 4 sepasukan lelaki (1,000m) (Gambar: CNA)

Mereka mengakhiri perlumbaan hampir 3 saat di belakang pasukan Indonesia yang mencatat masa 3:02.28.

Vietnam pula menang pingat gangsa dengan masa 3:06.60.

SAIYIDAH AISYAH MENANG GANGSA KEDUA

Dalam kategori "sculls light" individu wanita (1000m), kakak Syahir, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee berjaya merangkul pingat gangsa dengan masa 3:59.01.

Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee (Gambar: CNA)

Masa yang dicatatkan itu kurang sesaat yang diperlukan untuk merebut pingat perak. Aisyah hanya 0.08 saat di belakang Maryam Makdalena Daimoi dari Indonesia yang mengambil masa 3:58.93.

Phuttharaksa Neegree dari Thailand menang emas dengan masa 3:55.27.

Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee (Gambar: CNA)

Itu merupakan pingat gangsa yang kedua bagi Aisyah dalam Sukan SEA kali ini, selepas beliau muncul tempat ketiga bagi jarak 500m untuk acara yang sama pada Khamis lalu (11 Jun).

PASANGAN "LIGHTWEIGHT" WANITA MENANG GANGSA

Dua atlit negara, Chan Lai Cheng dan Joan Poh juga mendapat gangsa dalam acara pasangan wanita (1,000m) dengan masa 3:48.18 iaitu hampir 6 saat di belakang juara.

Chan Lai Cheng dan Joan Poh (Gambar: CNA)

Vietnam menang emas dengan masa 3:41.72. Indonesia pula tiba di garisan penamat dengan masa 3:41.79. 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan