Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA acara menembak: Singapura menang 1 emas, 2 perak

Pasukan penembak lelaki Singapura memenangi pingat emas setelah mencatat markah 1632 bagi acara pistol jarak 50 meter.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2015 05:31PM Dikemas Kini : 11 Jun 2015 09:24PM

SINGAPURA: Pasukan penembak lelaki Singapura memenangi pingat emas setelah mencatat markah 1632 bagi acara pistol jarak 50 meter, sementara pasukan wanita negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas terlepas peluang untuk meraih pingat emas dengan satu mata saja.

Dalam pertandingan hari ini (11 Jun), pasukan negara yang terdiri daripada Gai Bin, Poh Lip Meng dan Lim Swee Hon mengatasi pesaing terdekat mereka, Vietnam dengan kelebihan enam mata.

Vietnam mendapat pingat perak dan Myanmar pula, merangkul pingat gangsa.

Gai yang mencatat markah 552, sementara Poh (543) dan Lim (537), melayakkan diri ke peringkat akhir bagi acara individu. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka terlepas peluang untuk mendapat pingat bagi acara individu, yang sebaliknya dimenangi oleh peserta dari Vietnam, Hoang Xuan Vinh. Penembak dari Thailand, Natphanlert Auapinyakul meraih pingat perak dan Jonathan Wong dari Malaysia mendapat pingat gangsa.

Di peringkat akhir acara menembak pistol bagi jarak 25 meter, pasukan wanita negara yang terdiri daripada Nicole Tan, Teo Shun Xie dan Teh Xiu Hong meraih pingat perak dengan pungutan 1736 mata - hanya satu mata saja yang memisahkan Singapura dengan Thailand, yang memperolehi markah sebanyak 1737.

Ketiga-tiga penembak wanita negara melayakkan diri ke peringkat separuh akhir tetapi hanya Teh saja yang berjaya mara ke peringkat akhir, di mana beliau tewas di tangan Alia Sazana Azahari dari Malaysia dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, yang merupakan pingat perak kedua bagi beliau hari ini.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan