Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penganjur Sukan SEA siasat aduan keracunan makanan di kalangan pelumba basikal

enganjur Sukan SEA ke-28 berkata, mereka sedang menyiasat aduan mengenai keracunan makanan di kalangan atlit yang bertanding dalam acara sukan yang diadakan pagi tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur Sukan SEA siasat aduan keracunan makanan di kalangan pelumba basikal

Kawah Sukan SEA setinggi 19.2 meter di Hab Sukan Singapura. (Gambar: Elizabeth Goh)

Diterbitkan : 11 Jun 2015 04:57PM Dikemas Kini : 11 Jun 2015 05:11PM

SINGAPURA: Penganjur Sukan SEA ke-28 berkata, mereka sedang menyiasat aduan mengenai keracunan makanan di kalangan atlit yang bertanding dalam acara sukan yang diadakan pagi ini (11 Jun).

"Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (SINGSOC) telah menerima aduan mengenai insiden melibatkan masalah cirit-birit yang menjejas beberapa orang atlit pada awal pagi tadi" kata pihak penganjur menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Kami sedang menyiasat aduan itu dengan pihak berkuasa yang relevan dan mengetatkan lagi amalan-amalan kebersihan."

Beberapa orang pelumba basikal yang mengambil bahagian dalam acara "time trial" lelaki dan wanita mengadu tidak sihat apabila bangun tidur pagi tadi dan menurut mereka, hidangan yang dimakan petang semalam mungkin menyebabkan keadaan tersebut" menurut Reuters.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan