Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penganjur SEA Games minta maaf atas kesulitan di upacara penutup

Jawatankuasa Penganjur SEA Games SingSOC meminta maaf kepada mereka yang menghadapi kesulitan semasa cuba untuk memasuki Stadium Negara bagi Upacara Penutup Selasa lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur SEA Games minta maaf atas kesulitan di upacara penutup

Acara penutup Sukan SEA pada 16 Jun, 2015. (Gambar: Jack Board)

Diterbitkan : 19 Jun 2015 07:45AM Dikemas Kini : 19 Jun 2015 08:43AM

SINGAPURA: Jawatankuasa Penganjur SEA Games, SingSOC meminta maaf kepada mereka yang menghadapi kesulitan semasa cuba untuk memasuki Stadium Negara bagi upacara penutup Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, ia menyatakan insiden itu memberi beberapa iktibar yang nyata.

Ini termasuk bagaimana setiap orang boleh dimaklumkan lebih awal mengenai masa ketibaan dan cara untuk menguruskan keadaan yang cepat menjadi sesak di pintu-pintu masuk.

Ia menambah bahawa pihaknya tidak menjual tiket yang berlebihan pada upacara penutup itu.

SingSOC menyatakan, jumlah orang yang tiba dan memasuki stadium itu mungkin boleh ditampung sekiranya ia mempunyai lebih masa untuk mengiringi mereka ke tempat duduk di beberapa aras berbeza.

Bagaimanapun jumlah orang yang tiba bertambah secara mendadak sejurus sebelum bermulanya acara tersebut, sekaligus menimbulkan keprihatinan mengenai keselamatan.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan