Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Para pemain menangis, S'pura tersingkir setelah tewas 0-1 kepada Indonesia

Kesebelasan tuan rumah, Singapura, tersingkir daripada perlawanan bola sepak Sukan SEA selepas ia tewas di tangan Indonesia dalam pertandingan Kumpulan A, hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2015 11:22PM Dikemas Kini : 12 Jun 2015 04:48PM

SINGAPURA: Kesebelasan tuan rumah, Singapura, tersingkir daripada perlawanan bola sepak Sukan SEA selepas ia tewas di tangan Indonesia dalam pertandingan Kumpulan A, hari ini.

Jurulatih Singapura, Aide Iskandar, meletak jawatan setelah Singa Muda gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dalam separuh masa pertama. Namun, dalam minit ke-47, Evan Dimas Darmono menjaringkan gol cantik dari dalam kotak penalti.

Sahil Suhaimi hampir-hampir menyamakan kedudukan bagi Singapura seminit kemudian, namun tandukan Sahil gagal membolosi gawang setelah ditampar keluar penjaga gawang Indonesia.

Pada minit ke-63, Indonesia hampir mendapat gol kedua apabila tendangan Ahmad Nufiandani memaksa penjaga gawang Singapura Syazwan Buhari melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan bola.

Memburukkan lagi keadaan, Singapura kekurangan satu pemain apabila Ho Wai Loon dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-64.

Reaksi pasukan bola sepak Singapura selepas gagal layak ke peringkat separuh akhir di Sukan SEA. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Reaksi pasukan bola sepak Singapura selepas tewas di tangan Indonesia 0-1 di Sukan SEA. (Gambar-gambar: Ngau Kai Yan)

Nice moment after the #SINvsINA match. #SEAGames2015 pic.twitter.com/QuHwy6bpl0

— Steve Lai (@stevelai) June 11, 2015

Dengan kemenangan ini, Indonesia akan berdepan dengan juara bertahan, Thailand, dalam perlawanan separuh akhir kedua pada Sabtu ini, 8.30 malam.

Vietnam dan Myanmar akan berentap dalam satu lagi pertarungan separuh akhir pada 2.00 petang hari yang sama. Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Negara. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan