Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S R Nathan dari kaca mata bekas Adikong, pembantu beliau

Encik Nathan disifatkan sebagai pemimpin yang baik hati tetapi juga menyematkan nilai-nilai yang masih digenggam hingga kini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2016 07:33PM Dikemas Kini : 24 Aug 2016 10:44PM

SINGAPURA: Ramai rakyat Singapura mengingati mendiang S R Nathan sebagai seorang yang amat istimewa dan menjadi peran contoh yang baik.

Bagi seorang Adikong atau pembantu Presiden, yang bertugas mengawal Encik Nathan dari tahun 2003 hingga 2005, Encik Latiff Rahmat menyifatkan mendiang bukan sahaja sebagai pemimpin yang baik hati tetapi juga menyematkan nilai-nilai yang masih digenggam hingga kini. 

"Beliau menunjukkan kepada saya dan banyak lagi yang pernah berkhidmat bersamanya apa itu makna dedikasi dan komitmen kepada negara. Beberapa prinsip yang beliau pegang teguh yang saya tidak akan lupa adalah kita harus berkhidmat setia kepada tujuan, harus serius dan menghormati tugas yang diamanahkan," kata Encik Latiff.

Menurut Encik Latiff lagi, Encik Nathan amat disayangi kakitangannya kerana mendiang menganggap mereka sebagai keluarga bukan pekerja .

Encik Nathan dianggap seperti bapa kepada ramai orang dari pelbagai latar belakang, atas keramahan beliau.

"Saya ingat lagi pada satu ketika beliau dalam dewan di mana ramai orang mahu menemuinya. Beliau memanggil saya dan berkata, 'Latiff ada satu orang bertongkat di hujung, boleh kamu berikan beliau kerusi?'. Saya amat kagum kerana walaupun itu adalah majlis rasmi tetapi matanya tajam dalam mengesan mereka yang perlukan bantuan. Beliau ikhlas ingin menjadi presiden berjiwa rakyat," kongsi Encik Latiff.

Jenazah mantan Presiden S R Nathan kini berada di rumahnya di Ceylon Road untuk upacara privet.

Jenazah mendiang akan ditempatkan di Bangunan Parlimen dari pukul 10.00 pagi pada Khamis (25 Ogos) sehingga 12.00 tengah hari pada Jumaat (26 Ogos).

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Bangunan Parlimen mulai pukul 10.00 pagi sehingga 8.00 malam pada Khamis (25 Ogos).

Upacara Persemadian Negara akan berlangsung dari pukul 4.00 petang Jumaat (26 Ogos) ini di Pusat Kebudayaan Universiti NUS.

Dalam pada itu orang ramai masih berpusu-pusu ke Istana sejak pagi tadi (23 Ogos) untuk mengenang jasa dan sumbangan Presiden keenam dan yang paling lama berkhidmat di negara ini, mantan presiden S R Nathan yang meninggal dunia pada usia 92 tahun malam tadi (22 Ogos).

Di Istana satu kawasan dan papan khas disediakan bagi orang ramai menyampaikan ucapan takziah, bagi mendiang S R Nathan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan