Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob terkilan tidak dapat hadir Upacara Persemadian Negara

Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim yang berada di luar negara, melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri Upacara Persemadian Negara mendiang mantan Presiden S R Nathan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Yaacob terkilan tidak dapat hadir Upacara Persemadian Negara

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim. (Gambar fail: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 26 Aug 2016 08:36PM Dikemas Kini : 26 Aug 2016 09:52PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim yang berada di luar negara, melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri Upacara Persemadian Negara mendiang mantan Presiden S R Nathan.

Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam berkata, keprihatinan dan sokongan mendiang terhadap masyarakat Melayu/Islam akan terus memberi inspirasi kepada generasi di masa depan.

Menulis di laman Facebooknya hari ini (26 Ogos), Dr Yaacob mengenang jasa mendiang yang mengabdikan kehidupannya untuk berkhidmat kepada Singapura dan rakyat negara ini.

Encik Nathan, katanya, merupakan seorang pemimpin berwawasan dan diplomat yang mahir.

Dr Yaacob mengingati kata-kata mutiara mendiang, bahawa apabila rakyat bekerja keras dan secara ikhlas, lebih banyak boleh dicapai.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan