Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 20 belia S'pura raikan Hari Kebangsaan di Brazil

Belia-belia itu mewakili Singapura dalam pertandingan yang dikenali sebagai Olimpik Kemahiran. Dan mereka berharap dapat membawa pulang hadiah SG50 buat negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2015 06:35PM Dikemas Kini : 10 Aug 2015 09:25PM

SAO PAULO, Brazil: Sekumpulan warga Singapura di Brazil meraikan ulang tahun negara dengan cukup meriah.

Lebih 20 belia berbakat yang menyertai pertandingan Kemahiran Dunia ke-43 di Sao Paulo mengadakan sambutan hari jadi buat negara.

Belia-belia itu mewakili Singapura dalam pertandingan yang dikenali sebagai Olimpik Kemahiran.

Dan mereka berharap dapat membawa pulang hadiah SG50 buat negara.

Pertandingan empat hari itu akan bermula lusa (12 Ogos) dan Singapura akan bertanding dalam 20 kategori termasuk memasak, terapi kecantikan dan robotik.

Lebih istimewa lagi kali ini, para peserta Singapura boleh menerima hadiah wang tunai yang lebih lumayan sehingga $20,000 jika mereka berjaya meraih pingat.  

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan