Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Apakah yang diperlukan untuk catat pencapaian dalam Buku Rekod Singapura?

Pada tahun lalu, sekitar 200 catatan rekod baru dimasukkan ke dalam Buku Rekod Singapura iaitu purata empat rekod baru setiap minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2015 08:16PM Dikemas Kini : 10 Sep 2015 09:04PM

SINGAPURA: Sejak diadakan dalam tahun 2005, Buku Rekod Singapura mencatat hampir 2,000 rekod pencapaian baru dalam pelbagai kegiatan dan bidang di negara ini.

Pada tahun lalu, sekitar 200 catatan rekod baru dimasukkan ke dalam buku tersebut iaitu purata empat rekod baru setiap minggu.

Boleh diukur, boleh dipecahkan dan mencabar - itulah rekod yang perlu anda lakukan untuk layak mencatatkan nama di dalam Buku Rekod Singapura.

Presiden Buku Rekod Singapura, Ong Beng Huat berkata: "Di dalam Buku Rekod Singapura, kami menghimpunkan semua superlatif di Singapura - yang terbesar, paling lama, paling tinggi, paling kecil dan juga termasuk semua yang "pertama".

"Misalnya, sekolah pertama di Singapura, doktor pertama di Singapura. Dan ini berlaku sepanjang beberapa tahun lalu berdasarkan kajian perkara-perkara yang paling awal ini di Singapura."

Antara pencapaian cemerlang pertama yang dicatat dalam buku berkenaan termasuk pertunjukan silap mata di dalam air yang pertama di negara ini dan pertunjukan tarian naga di atas air batu yang pertama.

Meskipun ada garis panduan yang luas untuk menempah nama di dalam buku ini, tidak semua yang berjaya.

Kegiatan-kegiatan yang dimasukkan ke dalam Buku Rekod Singapura adalah sesuatu yang menambah warna-warni serta kerancakan dan menyatukan rakyat negara ini.

Misalnya, tarian zumba terbesar, naga terpanjang dibuat daripada bunga-bunga plastik dan pembentukan logo SG50 manusia yang terbesar.

Lebih daripada sekadar rekod tempatan, rakyat Singapura juga berusaha mencatat nama dalam Buku Rekod Dunia.

Seorang daripada mereka, Cef Balasundram Pillai yang mencatat nama dua kali dalam Buku Rekod Guinness.

Beliau bersama pasukannya seramai 49 cef, memecahkan Rekod Dunia Guinness yang bertahan sedekad lamanya, dengan menghasilkan masakan kari paling banyak.

Pasukan tersebut turut mencipta rekod baru - menggunakan bekas terbesar untuk memasak lauk kari itu.

Mereka mengambil masa selama enam jam untuk memasak lauk kari seberat lebih 15 tan. 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan