Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

400 warga Singapura di Beijing sambut SG50

Lebih 400 warga Singapura hadir di Kedutaan Singapura di Beijing untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-50.

Anggaran Waktu Membaca:
400 warga Singapura di Beijing sambut SG50

Warga Singapura ke Kedutaan Singapura di Beijing untuk menyambut NDP 2015. (Gambar: Jeremy Koh)

Diterbitkan : 10 Aug 2015 10:42AM Dikemas Kini : 10 Aug 2015 10:46AM

BEIJING: Lebih 400 warga Singapura hadir di Kedutaan Singapura di Beijing untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-50.

Orang ramai mula memenuhi dewan menyambut tamu pada jam 6 petang semalam dan mereka datang dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli perniagaan, pelajar-pelajar dan pelancong yang bercuti di Beijing.

Mereka menonton tayangan sambutan Hari Kebangsaan dan menikmati hidangan makanan Singapura termasuk nasi ayam Hainan, laksa dan otak-otak

Salah seorang daripada mereka Encik Felix Yeo, seorang warga negara Singapura yang bertugas di Beijing berasa amat bertuah dan bangga kerana dapat menyaksikan sambutan Jubli emas walaupun berada jauh di rantauan.

Disediakan juga kios selfi bagi mereka yang ingin memperingati Hari Kemerdekaan negara dan juga satu peluang bagi mereka untuk menulis kata-kata ucapan sempena dengan sambutan Jubli Emas Singapura. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan