Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1.7 juta orang raikan ulang tahun kemerdekaan ke-50 S'pura

Sekitar 1.7 juta orang keluar dan berkumpul untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 sepanjang tiga hari lalu, yang mencapai kemuncaknya pada 9 Ogos semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
1.7 juta orang raikan ulang tahun kemerdekaan ke-50 S'pura

Acara Terbang Lalu Bendera Negara semasa NDP 2015. (Gambar: Hirwan Sahad)

Diterbitkan : 10 Aug 2015 10:51PM Dikemas Kini : 10 Aug 2015 10:55PM

SINGAPURA: Sekitar 1.7 juta orang keluar dan berkumpul untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 sepanjang tiga hari lalu, yang mencapai kemuncaknya pada 9 Ogos semalam.

Menteri Pendidikan Heng Swee Keat berkata demikian kepada media di luar acara masyarakat di Tampines pada hari ini (10 Ogos).

Encik Heng, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu SG50 berkata hari cuti umum tambahan pada 7 Ogos juga membenarkan kegiatan-kegiatan untuk disebarkan di merata lokasi.

Ini termasuk sambutan di kawasan-kawasan perumahan sehingga acara yang dianjurkan pelbagai agensi di tempat-tempat ikonik negara.

Sambutan Hari Kebangsaan bermula pada hari Jumaat (7 Ogos) dan berakhir dengan yang Perbarisan Hari Kebangsaan yang terbesar pada hari Ahad (9 Ogos).

Pengerusi Jawatankuasa yang ditugaskan untuk merancang sambutan Jubli Emas Singapura, Heng Swee Keat berkata beliau gembira terhadap ekspresi spontan rasa cinta rakyat kepada negara.

Dengan pemerintah mengisytiharkan 7 Ogos sebagai cuti umum, Encik Heng berkata langkah itu memberi isyarat kepada rakyat Singapura bahawa ia akan menjadi hujung minggu yang sangat istimewa.

Encik Heng berkata: "Apabila kita mempunyai beberapa hari bercuti, rakyat dan penduduk Singapura lebih mudah untuk merancang kegiatan-kegiatan yang berbeza dan ia juga membolehkan kami untuk mengadakan pelbagai kegiatan pada hari-hari yang berbeza. Oleh itu, ia mempunyai kesan yang praktikal dari segi dapat menyebarkan kegiatan-kegiatan dan ia juga mewujudkan kesan psikologi di mana orang merasakan bahawa 'saya mempunyai hujung minggu yang panjang, biar saya fikirkan tentang bagaimana saya boleh menghabiskannya secara bermakna'."

Namun Encik Heng berkata sambutan belum lagi berakhir, dengan pelbagai acara SG50 yang akan datang, termasuk sebuah pameran pada bulan November.

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan