Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tahun lalu "Jubah Sado", tahun ini "Jubah Ala Duyung" yang lentik?

Ini selepas beliau mengambil kira teguran positif dan nasihat anggota keluarga dan juga orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Tahun lalu "Jubah Sado", tahun ini "Jubah Ala Duyung" yang lentik?

Satu jubah duyung yang dipakai Alif. (Gambar: Facebook/ Rizal Hakimm)

Diterbitkan : 04 Jul 2017 12:10AM Dikemas Kini : 04 Jul 2017 12:13AM

PETALING JAYA: Jika tahun lalu kita dikejutkan dengan "Jubah Sado" dan juga "kurta lelaki seperti baju kurung wanita", tahun ini satu lagi pakaian Hari Raya mungkin menarik perhatian anda!

Nama jubah terbaru ini ialah "Jubah Ala Duyung"! Ia sedang viral di laman media sosial dan dipakai seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Alif. Jubah Duyung ini bagaimanapun menerima kritikan hebat para netizen.

Ramai juga yang memberikan komen lucu, seperti: "Alahai, kain dia lagi lentik daripada kain saya!"

Namun yang memberikan kata-kata kesat juga tidak kurang hebatnya.

Menyusuli kejadian itu, laporan mStar Online menyatakan Alif memutuskan untuk bersikap mengalah dan menukar enam lagi jubah yang ditempahnya kepada potongan biasa.

Ini selepas beliau mengambil kira teguran positif dan nasihat anggota keluarga dan juga orang ramai.

"Tidak sangka jubah yang dipakai semasa raya itu menjadi viral di media sosial sehingga saya dikecam.

"Ada enam lagi jubah yang dihantar untuk dijahit tetapi belum siap, jadi saya akan minta pereka untuk menukarnya kepada potongan biasa selepas menerima teguran positif dan mengelak saya terus dikecam," katanya kepada mStar Online.

KATA-KATA KESAT DILEMPARKAN KEPADA ANGGOTA KELUARGA JUGA

Gambar Alif yang menjadi viral tetapi menerima kencaman hebat. (Gambar: Facebook/ Rizal Hakimm)

Selepas gambar "Jubah Ala Duyung" beliau menjadi viral, Alif menerima kecaman netizen yang keterlaluan sehingga mengaitkan keluarganya.

"Isu jubah ini adalah masalah saya sendiri, tapi ada yang keterlaluan mengatakan saya kurang didikan agama daripada keluarga. Malah, lebih buruk ada yang menyamakan saya dengan haiwan. Bagaimana perasaan keluarga saya?

"Kalau nak tegur, buatlah secara baik. Jangan sampai mengaitkan keluarga saya dengan kata-kata yang buruk," kata anak bongsu daripada 10 adik-beradik ini, sebagaimana ditukil mStar.

Alif juga memberitahu bahawa sejak itu ramai melabelkannya dengan pelbagai gelaran termasuk lelaki lembut dan transgender.

"Saya akur berperwatakan lembut tetapi saya tidak berpakaian wanita. Saya masih bekerja dan berpakaian seperti lelaki.

"Saya bukanlah manusia yang sempurna, saya masih lagi memperbaiki diri. Anda semua di luar sana, doakan saya yang baik-baik saja," jelas beliau lagi dalam laporan mStar Online itu. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan