Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertama kali kanak-kanak Syria ini merasai baju Hari Raya

Tambahan pula mereka sekali lagi berpeluang menyambut Aidilfitri dalam suasana berbeza di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertama kali kanak-kanak Syria ini merasai baju Hari Raya

Kanak-kanak pelarian Syria menerima habuan Hari Raya di Malaysia. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 11:01PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 11:10PM

KUALA LUMPUR: Anak pelarian Syria, Hamzah Manad, 5 tahun, dan Fatimah Batul Imad, 7 tahun, amat bersyukur kerana buat pertama kali mereka dapat memakai baju baru sempena Hari Raya.

Tambahan pula mereka sekali lagi berpeluang menyambut Aidilfitri dalam suasana berbeza di Malaysia.

Kedua-duanya yang tiba di negara itu dua tahun lalu menunggu-nunggu untuk menyambut ketibaan lebaran nanti.

"Ini pertama kali saya dapat membeli baju dan mainan baru untuk Hari Raya. Saya amat gembira kerana dapat bersama kawan-kawan saya," kata Fatimah yang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu.

Fatimah dan Hamzah adalah antara 42 orang kanak-kanak Syria yang dirai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Ismail Sabri Yaakob membeli pakaian di sebuah pasar raya pada Selasa (20 Jun).

Beliau berkata ia pertama kali program itu diadakan dengan harapan kanak-kanak tersebut mempunyai kenangan indah menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka.

"Mereka begitu menderita di negara mereka dan kini mereka boleh menetap dengan gembira di Malaysia yang aman," kata Encik Ismail Sabri.

"Kita akan bekerjsama erat dengan kementerian lain seperti Kementerian Luar bagi membantu kanak-kanak Syria yang dibawa ke negara ini menerusi program migran. Tapi bagi saya yang penting ialah soal pendidikan mereka," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Lifeline for Syria Syahril Azfar Saleh berkata kanak-kanak tersebut sedang belajar di Sekolah Jasmine Ash-sham di Setiawangsa.

"Kita mempunyai 50 pelajar di sekolah itu yang ditadbir atas sumbangan orang ramai. Kita berharap kita boleh bekerjasama dengan kementerian berkaitan untuk memberi pelajaran lebih baik kepada kanak-kanak ini.

"Satu hari nanti mereka akan kembai ke Syria dan ketika itu mereka boleh berdiri atas kaki sendiri dan membina semula negara mereka," katanya.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan