Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Iraq ketakutan, kebuluran dalam Ramadan

Sehingga 200,000 orang terperangkap di bandar itu, dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Iraq ketakutan, kebuluran dalam Ramadan

Sebuah keluarga Iraq yang kehilangan tempat tinggal, kini berada di sebuah kem pelarian. (Gambar: Reuters/ Erik De Castro)

Diterbitkan : 17 Jun 2017 09:40PM Dikemas Kini : 17 Jun 2017 09:43PM

MOSUL: Bagi Salam, seorang penduduk di bandar lama Mosul yang masih menjadi kubu ISIS, ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan tahun ini adalah yang paling dahsyat pernah dilalui beliau.

Mentelah lagi, perjalanan hidup beliau diburukkan lagi dengan peperangan.

"Kami secara perlahan-lahan boleh mati daripada kelaparan. Hanya merebus gandum yang sudah bercendawan sebagai sup untuk berbuka puasa," kata beliau yang berusia 47 tahun dan ayah kepada tiga orang anak.

Beliau meminta supaya nama penuhnya tidak didedahkan kerana takut diseksa oleh kumpulan militan.

Doa beliau tahun ini adalah untuk keluarganya dapat mengharungi hari-hari terakhir tempat tinggalnya yang menjadi kubu ISIS yang diterajui Abu Bakr al-Baghdadi.

Kempen selama lapan bulan yang disokong Amerika Syarikat untuk menawan semula bandar Mosul kini memasuki fasa terakhir dengan Ramadan bermula pada hujung bulan lalu.

Sehingga 200,000 orang terperangkap di bandar itu, dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Melihat anak saya kebuluran adalah sesuatu yang sangat perit," kata Salam.

"Saya berharap pasukan keselamatan dapat menghapuskan semua pejuang ISIS dengan segera; saya mahu kehidupan keluarga saya kembali seperti biasa," luah beliau. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan