Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki meninggal dunia ketika sujud semasa solat terawih

Satu rakaman video kini tersebar di media sosial menunjukkan seorang jemaah lelaki meninggal dunia dalam keadaan sedang bersujud dalam solat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki meninggal dunia ketika sujud semasa solat terawih

Jemaah (baju biru, sedang sujud) yang meninggal dunia ketika solat. (Gambar: bellianti/YouTube)

Diterbitkan : 14 Jun 2017 05:50PM Dikemas Kini : 14 Jun 2017 06:13PM

NDONESIA: Satu rakaman video kini tersebar di media sosial menunjukkan seorang jemaah lelaki meninggal dunia dalam keadaan sedang bersujud dalam solat.

Laman Merdeka.com melaporkan, lelaki itu sedang berjemaah menunaikan solat terawih malam semalam (13 Jun) di Masjid Al Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan, semasa peristiwa berlaku.

Menerusi rakaman video itu, lelaki berkenaan yang memakai baju berwarna biru langsung tidak bangun daripada kedudukan sujud sehingga para jemaah yang lain selesai bersolat.

Sesudah selesai solat, para jemaah lain yang prihatin, segera mendekati lelaki itu dan cuba memanggilnya.

Kejadian itu dirakam oleh kamera CCTV masjid dan dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama 'bellianti' ke laman YouTube.

Beliau turut memuat naik catatan yang berbunyi: "Subhanallah, jemaah ini meninggal dunia ketika sujud akhir solat terawih di Masjid Al Ittihad Tebet Mas indah, pada Selasa 13 Jun 2017. Menurut khabar, jemaah ini akan berangkat besok pagi menunaikan umrah. Mudah-mudahan amal ibadah Allahyarham di terima Allah SWT dan meninggal dalam keadaan Husnul Khotimah, Amin."

Menerusi satu lagi rakaman video, kenyataan dari pihak masjid, Allahyarham sepatutnya dijadual menunaikan ibadah umrah pada 10 hari terakhir Ramadan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan