Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki 52 tahun meninggal dunia semasa qiamulail

Seorang lelaki di Malaysia dilaporkan meninggal dunia semasa sedang mengaminkan doa, selepas menunaikan solat sunat tasbih. Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan sedang mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit awal pagi Khamis (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 52 tahun meninggal dunia semasa qiamulail

Gambar hiasan. (Gambar: ASIF HASSAN / AFP)

Diterbitkan : 15 Jun 2017 11:09PM Dikemas Kini : 15 Jun 2017 11:34PM

KOTA BHARU: Seorang lelaki di Malaysia dilaporkan meninggal dunia semasa sedang mengaminkan doa, selepas menunaikan solat sunat tasbih.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan sedang mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit awal pagi Khamis (15 Jun).

Dalam kejadian sekitar 4.40 pagi itu, seperti ditukil Utusan Malaysia, Allahyarham Hamzah Harun, 52, yang merupakan jemaah tetap di masjid berkenaan dikatakan rebah ketika sedang berdoa.

Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria, 60, turut berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih tersebut.

“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sempena malam-malam terakhir Ramadan ini, Allahyarham Hamzah, menurut Encik Nawi, sering menyertai qiamulail di masjid berkenaan.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan