Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi pelajar tahfiz maut di jalan raya bulan Ramadan ini

Seorang pelajar tahfiz maut, manakala dua lagi rakannya cedera parah setelah kereta dinaiki mereka melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 37, Lebuhraya Central Spine Road berdekatan Aur Gading di Lipis.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi pelajar tahfiz maut di jalan raya bulan Ramadan ini

Kereta yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Central Spine Road. (Gambar: Daniell Haziq‎/Facebook)

Diterbitkan : 18 Jun 2017 06:23PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 06:39PM

KUANTAN: Seorang pelajar tahfiz maut, manakala dua lagi rakannya cedera parah setelah kereta dinaiki mereka melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 37, Lebuh raya Central Spine Road berdekatan Aur Gading di Lipis.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Azry Akmar Ayob berkata mangsa yang maut ialah penumpang belakang, Wan Arsyad Rafiuddin Wan Azeze, 13 tahun, berasal dari Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

"Dua lagi penumpang warga Thailand, Subhi Yamu, 13 tahun, dan Simi-un Hasunoh, 14 tahun, masing-masing cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Pemandu kereta itu, Mohd Shaiful Anuar Abd Rahman, 34 tahun, berasal dari Kampung Jambu, Kelantan, hanya cedera ringan, manakala anak lelakinya Mohd Zakir Azkar Mohd Shaiful Anuar berusia dua tahun tidak mengalami kecederaan.

Encik Azry berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang semalam (17 Jun) ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Tahfiz Darul Furqan di Sungai Buloh, Selangor dari Kelantan.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Mohd Shaiful dipercayai melanggar lopak air menyebabkan kenderaannya terbabas melanggar besi penghadang jalan.

"Ketika kejadian keadaan hujan dan jalan basah," katanya.

Beliau berkata sepasukan lapan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis tiba di tempat kejadian pada 6.39 petang, dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan