Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keunikan Bazar Raya Tampines kali ini

Menurut AP GRC Tampines Masagos Zulkifli sudah lama GRC itu mengadakan bazar namun ini adalah kali pertama ia diadakan di OTH.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2017 09:50PM Dikemas Kini : 16 Jun 2017 10:54PM

SINGAPURA: Portal BERITAMediacorp sejak seminggu lalu menjalankan undian atau tinjauan rambang tentang 5 Bazar Hari Raya utama dengan bertanyakan kepada orang ramai, bazar mana yang paling menarik tahun ini.

Ternyata daripada 4,300 undian sejauh ini, Bazar Raya Tampines sedang mendahului di tempat pertama sebagai yang paling menarik, dengan mendapat sekitar 2,200 undi atau 50% pengundi.

Maknanya, separuh pengundi memilih Bazar Raya Tampines.

Menurut AP GRC Tampines Masagos Zulkifli sudah lama GRC itu mengadakan bazar namun ini adalah kali pertama ia diadakan di OTH.

"Kita ada gerai-gerai kekitaan di mana kita cuba menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan," ujar beliau.

Encik Masagos juga menyebut tentang arca gergasi di Tampines yang akan jadi tumpuan utama kawasan undi berkenaan.

Beliau juga memberikan komen mengenai penangkapan baru-baru ini iaitu penahanan wanita pertama di bawah ISA.

"Sayang sekali di seluruh dunia banyak bencan berlaku, apatah lagi disebabkan keganasan. Di Singapura, kita dikejutkan dengan penahanan wanita yang menjadi mangsa pengaruh anasir luar negara," tambah beliau.

Beliau turut menekankan dua perkara yang boleh diambil sebagai iktibar.

"Pertama, jagalah anak-anak kita supaya tidak terpengaruh dengan anasir tersebut. Kedua, yakinkan kepada orang ramai masyarakat kita tidak sama dengan mereka yang melakukan keganasan," nasihat beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan