Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

EZi Wallet galak pelanggan bayar tanpa tunai di bazar Geylang Serai

Para pelanggan tidak perlu lagi terkial-kial untuk menyimpan wang baki dan bimbang untuk ke mesin ATM sebelum membeli-belah dan menjamu selera di Bazar Geylang Serai.

Anggaran Waktu Membaca:
EZi Wallet galak pelanggan bayar tanpa tunai di bazar Geylang Serai

(Gambar: EZi Wallet melalui TODAY)

Diterbitkan : 16 Jun 2017 12:35PM Dikemas Kini : 16 Jun 2017 12:38PM

SINGAPURA: Para pelanggan tidak perlu lagi terkial-kial untuk menyimpan wang baki dan bimbang untuk ke mesin ATM sebelum membeli-belah dan menjamu selera di Bazar Geylang Serai.

Platform bayaran mudah alih tempatan EZi Wallet kini sudahpun melancarkan aplikasi bayaran digitalnya di pasar malam itu. Sebilangan pemilik gerai makanan juga akan menerima bayaran tanpa wang tunai melalui app mudah alih EZi Wallet yang boleh dimuat turun secara percuma sehingga 24 Jun.

Bagi membuat bayaran mudah alih di bazar tersebut, seorang pelanggan hanya perlu mengimbas kod Respons Pantas (QR) yang dihasilkan oleh pemilik app EZi Wallet itu. Pelanggan tersebut kemudian akan menerima pemberitahuan di telefon bimbitnya apabila bayaran itu sudah dilunaskan. Bagi menarik para pelanggan untuk memuat turun app EZi Wallet itu, syarikat tersebut juga sedang menawarkan potongan harga sebanyak S$5 bagi setiap pembelian awal yang dibuat melalui app itu.

Dengan wang simpanan peribadinya dan pelaburan sekitar S$1 juta, Encik Lee memulakan perniagaan tersebut sekitar dua tahun lalu dengan sebuah pasukan di Shanghai untuk membantu dengan aspek teknikal perniagaan tersebut. Pejabatnya di Singapura pula memberikan sokongan teknikal dan pembangunan perniagaan.

Encik Lee turut melihat bayaran tanpa tunai sebagai "huraian unik" bagi industri makanan dan minuman dan EZi Wallet sedang menyasarkan sekitar 2,000 pelanggan menjelang hujung tahun ini. Ia juga sudahpun bekerjasama dengan beberapa restoran, kedai kopi dan tempat makan bagi rangkaian bayaran mudah alihnya. Selain menyasarkan cawangan makanan dan minuman, ia juga sedang memperluaskan khidmatnya.

Pada hari pertama app itu dilancarkan, Encik Joshua Chua, 26, pemilik gerai Stop N Go di pasar malam itu, memberitahu Mediacorp bahawa respons dari para pelanggannya "memberangsangkan". Aplikasi itu juga mudah untuk digunakan dan membolehkannya untuk melayan pelanggan lain dan menyediakan makanan berbanding "terkial-kial untuk mencari wang baki", katanya.

EZi Wallet juga sedang menjalani percubaan di gerai-gerai makanan Chang Cheng Group di Woodlands Link sejak sembilan bulan lalu, di mana kadar ia dimuat turun di kalangan para pelanggannya adalah sekitar 20 peratus, kata Encik Lee kepada Mediacorp. Syarikat tempatan tersebut juga menghasilkan huraian bayaran tanpa tunai di kedai kopi "produktif" di Choa Chu Kang. Konsep FoodTastic itu dilancarkan oleh Menetri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Sim Ann pada bulan lalu.

Di FoodTastic, sebuah kios tempahan pusat menyambut para pelanggan apabila mereka masuk. Para pelanggan boleh mengambil makanan mereka sebaik sahaja nombor tempahan mereka dipaparkan pada skrin. Para pelanggan juga boleh membuat tempahan dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit yang disediakan oleh EZi Wallet.

"Bayaran mudah alih di Singapura dijangka mencecah AS$470 juta (S$650 juta) tahun ini, dengan jumlah pengguna bayaran mudah laih dijangka mencecah 1.8 juta pada tahun 2021," kata Encik Lee.

"Ramai pelanggan yang semakin sedar bahawa untuk menarik pelanggan yang celik dalam kemudahan mudah alih, mereka mesti menembusi pasaran tersebut. Usaha memperkenalkannya ke pasar malam adalah permulaan baru untuk menyebarkan bayaran digital kepada orang ramai," katanya.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan