Skip to main content

Iklan

Iklan

Dr Maliki: "Kita harus dekati antara satu sama lain, wujudkan perhubungan antara kaum di S'pura"

Para Anggota Parlimen GRC East Coast menyambut Aidlifitri bersama para penduduk kawasan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jun 2017 08:39PM Dikemas Kini : 25 Jun 2017 09:31PM

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen GRC East Coast menyambut Aidlifitri bersama para penduduk kawasan mereka.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohd Maliki Osman menyertai para jemaah menunaikan solat Aidilfitri di sebuah kolong flat di Simei dan kemudian menjamu hidangan Hari Raya bersama rakan-rakan AP yang lain.

Dr Maliki berkata, beliau berasa amat bangga dan bahagia dapat bersolat bersama rakan-rakan dan juga para penduduk di kawasan Changi-Simei.

Selain umat Islam yang bersolat Hari Raya, para penduduk dari kaum lain turut datang berjumpa rakan-rakan mereka yang beragama Islam untuk meraikan Hari Raya bersama.

Di tengah-tengah suasana di mana terdapat ancaman pengganasan dan radikalisme, beliau berharap masyarakat Islam dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang bukan Islam untuk terus memastikan bahawa perpaduan kaum akan terus terjamin di Singapura.

"Ini menunjuk betapa pentingnya perpaduan kaum di Singapura ini di mana hari raya ini bukan sahaja disambut oleh umat Islam tetapi mereka juga yang bukan Islam. Ini menunjukkan bagaimana kita harus terus mendekati antara satu sama lain memastikan wujudnya dan mampatnya perhubungan antara kaum di Singapura ini," kata Dr Maliki. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan