Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anak-anak kurang bernasib baik berpeluang sambut Hari Raya di samping keluarga

Lebaran ini juga mempertemukan anak-anak dengan keluarga mereka - sama ada keluarga sendiri ataupun keluarga angkat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebaran ini mempertemukan anak-anak dengan keluarga mereka - sama ada keluarga sendiri ataupun keluarga angkat.

BERITAMediacorp bertemu dengan dua keluarga sedemikian.

Kesyahduan bercampur kegembiraan dirasakan anak-anak Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) apabila mereka dibolehkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Bagi seorang penghuni RKM, Haiqal, bukan nama sebenar, ini kali pertama dia akan beraya dengan neneknya di Singapura.

Haiqal dilahirkan di Singapura, tetapi dibesarkan di Indonesia.

Namun kehidupan remaja 16 tahun itu menjadi terumbang-ambing di Indonesia sejak pemergian ibunya dua tahun lalu.

Bagi menyelamatkan kehidupannya itu, kakak tirinya membawa Haiqal pulang ke Singapura.

Malah, Haiqal berasa ghairah bercampur gembira untuk menyambut Hari Raya bersama keluarganya di Singapura, yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini.

"Jujur saya merasa gelisah kerana ini pertama kali saya berhari raya bersama keluarga saya yang saya belum kenal sangat, dan pada masa yang sama saya berasa gembira, kerana saya boleh kenal mereka, dan boleh berhari raya bersama," katanya.

Bagi sebuah keluarga lain iaitu keluarga Cik Ranimah, Hari Raya mereka sentiasa diisi dengan anak-anak titipan.

Sejak beberapa tahun lalu beliau sudah mengambil 16 anak titipan bagi jagaan tempoh singkat.

Tahun ini, keluarga Cik Ranimah diserikan dengan dua ahli keluarga baru, yang diambil dari Boys Town, hasil daripada Skim Anak Titipan dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Cik Ranimah membuka cerita: "Pada mula, saya terbaca dari akhbar beberapa tahun yang lepas, jadi tergerak hati saya untuk mengambil dan menjaga anak-anak ini, kerana saya rasa simpati, kerana mungkin mereka tidak ada kasih sayang daripada kedua ibu bapa."

Daripada dua anak titipannya, satu daripadanya diambil daripada umur setahun lagi, dan seorang lagi diambil sejak bulan April.

Encik Maszlan Abdul juga berkata: "Sebelumnya, saya seorang sahaja anak jagaan, yang tahun ini ada dua, ada lagi satu perempuan, saya rasa gembira, saya lihat mereka rasa gembira, saya pun rasa gembira."

Yang pasti, walaupun mendapat keluarga pinjaman, ia tetap memberi kebahagiaan kepada anak-anak titipan itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan