Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

500 lampu pelita hiasi Dataran Merdeka sempena malam 7 likur

Katanya program berbuka puasa secara beramai-ramai itu setakat semalam menarik lebih 60,000 orang termasuk pelancong dari luar negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
500 lampu pelita hiasi Dataran Merdeka sempena malam 7 likur

Gambar hiasan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 02:38PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 02:39PM

KUALA LUMPUR: Mengimbas suasana tradisi menjelang Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi, 500 pelita menghiasi sebahagian Dataran Merdeka sempena Malam Tujuh Likur@Dataran Merdeka bermula malam Ahad (18 Jun) sehingga 24 Jun.

Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur Khairul Anuar Mohd Juri berkata pemasangan deretan pelita di bahagian belakang dataran itu adalah penganjuran kali ketiga, yang bertujuan menyemarakkan semula keunikan budaya Melayu terutamanya kepada pelancong asing.

"Menjadi tradisi orang Melayu memasang lampu pelita ketika Ramadan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Namun tradisi ini semakin dilupakan terutamanya di bandar seperti di Kuala Lumpur, jadi kita harap program ini akan mengembalikan nostalgia malam tujuh likur ini, " katanya kepada Bernama selepas merasmikan acara tersebut.

Selain pemasangan pelita, Encik Khairul Anuar berkata suasana Dataran Merdeka juga dimeriahkan dengan acara Iftar@KL 2017 pada setiap hujung minggu sepanjang Ramadan ini.

Katanya program berbuka puasa secara beramai-ramai itu setakat semalam menarik lebih 60,000 orang termasuk pelancong dari luar negara.  

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan