Skip to main content

Iklan

Iklan

5 rancangan menarik yang harus anda tonton mulai malam Raya ini

Mulai malam esok (24 Jun) saluran Suria akan menyajikan pelbagai rancangan Hari Raya yang menarik untuk tontonan anda di televisyen. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 rancangan menarik yang harus anda tonton mulai malam Raya ini

Sinar Lebaran 2017 diserikan dengan penampilan Rudy Djoharnaen, Aisyah Aziz dan Elfee Ismail. (Gambar: Mediacorp Suria)

BERITAMediacorp: Aidilfitri diraikan pada Ahad ini. Namun mulai malam esok (24 Jun) saluran Suria akan menyajikan pelbagai rancangan Hari Raya yang menarik untuk tontonan anda di televisyen.

Dalam laporan ini, BERITAMediacorp menampilkan lima rancangan menarik yang mampu menghiburkan anda, tidak kira sama ada anda sedang berada di rumah ataupun semasa mengunjungi saudara-mara dan sahabat-handai sempena Hari Raya ini.

Ayuh kita semak satu persatu rancangan tersebut.

1. MENANTU INTERNATIONAL NAK RAYA

Sabtu 24 Jun, 8.30 malam - 10.30 malam

Pernah mencatat rating tertinggi dalam 12 tahun di saluran televisyen Suria, drama bersiri popular 'Menantu International' kembali bersiaran, tetapi dengan sedikit kelainan, dalam versi Raya!

Keluarga Aman and Jamaliah kini menghadapi cabaran baru pada bulan Ramadan dan Syawal ini. Watak Happy pula melalui pengalaman sukar untuk berpuasa buat julung-julung kalinya.

Anak-anak Melissa juga meluangkan Hari Raya tanpa kehadiran ayah mereka buat pertama kalinya. Mel juga kini sedang hamil tujuh bulan dan Bryan berasa risau kerana Mel berpuasa walaupun dalam keadaan hamil.

Barisan Pelakon: A. Mahady, Hamidah Wahab, Tammie Chew, Shahril Wahid, Azzah Fariha, Chris Bucko, Awal’liyah Ja’afar, Ellysha Bella, El Danisha Nur Fadzli

2. SINAR LEBARAN

Sabtu 24 Jun, 10.30 malam - 12.30 tengah malam

Tayangan ke-2: Ahad 25 Jun, 11.00 pagi – 1.00 petang
Tayangan ke-3: Ahad 2 Julai, 4.00 petang – 6.00 petang

Bertemakan ‘Erti Lebaran’, Sinar Lebaran 2017 memaparkan siri emosi yang dikaitkan dengan Hari Raya melalui lagu klasik Hari Raya, sketsa komedi dan diiringi oleh alunan muzik tradisional Melayu.

Para penonton juga akan dibawa melalui suatu perjalanan yang penuh dengan pelbagai emosi, dari satu babak ke babak yang lain.

Bermula dengan penuh perayaan, ia akan diteruskan dengan adegan penuh nostalgia, kesunyian, rasa terharu, cinta dan berakhir dengan rasa penuh kesyukuran.

Hos: Nurul Aini & Khairudin Samsudin

Artis: Dato’ M Nasir, Aisyah Aziz, Sufi Rashid, Hariani Hassan Bakri, Rahila Rashun, Elfee Ismail, Wann, Rudy Djoharnaen, Mohd Shahfiq, Liwani Izzati, Husin Saaban, Alias Kadir, Zaliha Hamid, Atyy Malek, Mamat Bora

3. RAYA OH YEAH!

Ahad 25 Jun, 10.00 pagi – 11.00 pagi

Hakimi dan Felisha teruja untuk membantu jiran baru mereka, Cameron dan Conor, menyesuaikan diri ke dalam kejiranan baru itu. Mereka juga tidak sabar untuk mengajar jiran-jiran mereka tentang budaya Melayu sempena bulan Ramadan dan Syawal ini. 

Apabila estet mereka merancang untuk mengadakan perjumpaan Hari Raya, kedua-dua keluarga cuba mengatasi satu sama lain dengan persembahan mereka tersendiri.

Kedua-dua Hakimi dan Felisha pula cuba memujuk Cameron dan Conor untuk menyertai pasukan masing-masing. Siapa yang bakal mereka pilih?

Barisan pelakon: Keatar HM, Azian Pasiran, Shahril Wahid, Syirah Jusni, Nyla Esman, Syairulnizam, Ahmad Sirhan, Nadhrah Yasmeen, Nor Shafiq, Farhana M Noor, Izzathy Halil, Aliff Aziz

4. TRAGEDI DUIT RAYA

Ahad 25 Jun, 1.00 petang – 3.00 petang

Telefilem dari Malaysia ini mengisahkan tentang Sakinah yang juga seorang mangsa rompakan (snatch-theft victim).

Sakinah jatuh cinta dengan seorang pemuda jujur yang memulangkan begnya yang hilang.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendapat tahu bahawa lelaki tersebut adalah perompak yang sebenar.

Barisan pelakon: Janna Nick, Ungku Ismail, Zizan Nin, Dottie, Fetty Dzul, Akmal Ahmad

5. GUNTING

Ahad 25 Jun, 8.30 malam – 9.30 malam

(Gambar-gambar: Mediacorp Suria)

‘Gunting’ adalah telefilem berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan untuk membantu masyarakat memahami cara memanfaatkan pelbagai dasar dan usaha bantuan pemerintah yang sedia ada.

Salihin terpaksa menutup kedai guntingnya disebabkan penyakit kencing manisnya yang bertambah teruk. Anaknya, Taufik, yang menentang permintaan Salihin untuk meneruskan minat sebagai pendandan rambut, kembali ke rumah untuk menjaganya.

Enggan membiarkan legasi ayahnya selama 40 tahun itu hilang begitu saja, Taufik dan rakannya sejak kecil, Hisyam bercadang untuk membuka kedai gunting “Salihin & Sons”. Dengan bantuan kontraktor bernama Adi dan adik Hisyam, kedua-dua pemuda itu menjadikan visi mereka satu realiti. Mereka juga mula memanfaatkan dunia digital dan menghasilkan produk jagaan rambut dan janggut sendiri untuk dijual ke luar negara.

Barisan pelakon: Taufik Batisah, Hisyam Hamid, JA Halim, Yuslina Yussof, Najib Soiman, Shane Mardjuki, Adlina Adil, Jasmi Ahmad, Rahimah Rahim 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan