Ramadan & Syawal 2017

Images
  • CA 1
    Masjid Baalwie. (Gambar: Emillia Amin)

40 belia muslim Sunni, Syiah anjur majlis iftar, pupuk persefahaman

SINGAPURA: Sekumpulan belia Islam mengadakan majlis iftar di Masjid Baalwie hari ini bagi mengikrarkan sokongan terhadap dalam masyarakat Islam tempatan.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada siri sesama umat Islam anjuran kumpulan belia Muslim Collective (TMC).

Ia adalah kali pertama acara sedemikian diadakan di sebuah masjid tempatan.

Seramai 40 belia Islam dari pelbagai latar belakang berbeza hadir di acara ini, yang dihoskan oleh Imam Masjid Baalwie, Habib Hassan Al-atas.

Mereka mengikrarkan sokongan terhadap interaksi sesama umat Islam dari fahaman-fahaman berbeza, untuk menentang radikalisme.

Majlis iftar yang serupa diadakan sebelum ini di sebuah pusat masyarakat Syiah tempatan yang baru dibuka.

Ia adalah kali kedua iftar sebegini diadakan di bulan Ramadan ini.

Sebelum ini ia dihoskan oleh masyarakat Syiah tempatan yang disertai 100 belia dan pemimpin masyarakat Islam. 

- BERITAMediacorp/ru

Top