Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20,000 orang cuba teka nasib dalam peraduan unik ini!

"Sebenarnya, ramai yang lain turut menghantar mesej kepada saya tetapi jawapan mereka salah,” kata Noreen yang ditukil mStar Online. 

Anggaran Waktu Membaca:
20,000 orang cuba teka nasib dalam peraduan unik ini!

Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Noriana Ahamad Sapari bagi meneka jumlah bekas kuih raya. (Gambar: Facebook/ Noriana Ahamad)

Diterbitkan : 02 Jul 2017 10:57PM Dikemas Kini : 02 Jul 2017 10:59PM

PETALING JAYA: Pelbagai cara yang dilakukan untuk memeriahkan suasana Aidilfitri dan seorang wanita mempunyai idea tersendiri untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama pengguna Facebook lain bagi meraikan 1 Syawal.

Satu pertandingan dianjurkan untuk meneka jumlah bekas kuih raya yang dipaparkan di dalam sekeping gambar yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

Pertandingannya cukup mudah, hanya memberi jawapan di ruangan komen selain memberi tanda suka (like) dan berkongsi gambar tersebut, menurut laporan mStar Online.

Menariknya, pemenang yang dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan mematuhi syarat akan menerima hadiah dari luar negara dan ‘duit raya'!

Penganjurnya, Noriana Ahamad Sapari, 36 tahun, berkata, pertandingan yang berlangsung pada Rabu lalu (28 Jun) sehingga sebelum tengah malam hari yang sama dibuat sekadar untuk memeriahkan suasana Aidilfitri kali ini.

“Saya buat sekadar suka-suka untuk memeriahkan suasana raya. Maklum sajalah setiap kali raya, semua akan sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, kenapa tidak saya melakukan sesuatu untuk merapatkan hubungan sesama umat Islam di laman sosial.

“Ia adalah kali pertama saya menganjurkan pertandingan seumpama ini. Tak sangka sambutannya amat menggalakkan, saya terima hampir 20,000 penyertaan,” katanya kepada mStar Online.

Noriana atau lebih dikenali sebagai Noreen memberitahu sehingga kini masih ramai yang meneka bilangan bekas kuih raya walaupun penyertaan ditutup.

Beliau yang merupakan seorang peguam dan ahli perniagaan berkata kira-kira 60 peratus daripada hampir 20,000 penyertaan dapat menjawab dengan betul iaitu 84 bekas kuih raya.

“Disebabkan terlalu ramai yang meneka dengan tepat, saya pilih dua pemenang berdasarkan inisiatif ‘extra’ mereka yang menghantar mesej kepada saya.

"Sebenarnya, ramai yang lain turut menghantar mesej kepada saya tetapi jawapan mereka salah,” kata Noreen yang ditukil mStar Online.

Beliau juga mengumumkan pengguna Facebook, Hazita Zita Hazita Zita dan Herryz Hairiz Erry sebagai pemenang. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan