Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

150 penduduk dihadiahkan kipas baru sempena Hari Raya ini

Selain membawa pulang sebuah kipas setiap seorang, para penerima dan ahli keluarga mereka juga dihidangkan dengan jamuan tengah hari. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 150 penduduk memerlukan di kawasan Marsiling dihadiahkan sebuah kipas baru dalam satu majlis bersama anjuran Kelab Masyarakat Marsiling dan Akar Umbi Marsiling-Yew Tee.

Turut hadir Speaker Parlimen, Halimah Yacob yang juga AP kawasan undi itu.

JAINAH AWANG RASA SYUKUR

Cik Jainah Awang antara 150 keluarga kurang berkemampuan yang dipilih untuk menerima hadiah Hari Raya istimewa berupa kipas daripada syarikat Capital Distributors.

"Kita sangat memerlukannya. Disebabkan sekarang cuaca terlampau sangat panas, jadi datangnya kipas ini, warga-warga emas semua terlampau sangat teruja dan gembira untuk mendapatkan kipas ini. Lagipun kita berterima kasih banyak kepada KDK, apa yang dikasi sekarang untuk warga kita di blok 3 dan 4," ujar beliau.

Kerjasama antara syarikat swasta dan badan-badan akar umbi untuk menyalurkan bantuan amat dialu-alukan dan dihargai tetamu terhormat Halimah Yacob.

"Saya rasa yang penting adalah kita membantu keluarga-keluarga yang memerlukan dalam berbagai aspek. Satu daripadanya, memberikan mereka makanan setiap bulan; beras dan sebagainya. Tetapi juga saya rasa keselesaan di rumah amatlah penting.

"Jadi keselesaan kehidupan mereka akan memberikan jaminan tentang kualiti kehidupan. Saya rasa itu penting dan kerjasama antara badan-badan akar umbi Marsiling dengan syarikat swasta seperti ini adalah sesuatu yang amat saya alu-alukan. Saya galakkan syarikat-syarikat lain supaya mengikuti contoh mereka," kata Cik Halimah.

Selain membawa pulang sebuah kipas setiap seorang, para penerima dan ahli keluarga mereka juga dihidangkan dengan jamuan tengah hari.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan