Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 pasar tani khas dibuka merata Johor jelang Aidilfitri

Sebanyak 15 Pasar Tani Pra-Aidilfitri dibuka di seluruh negeri Johor bermula 21 hingga 24 Jun bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan keperluan untuk sambutan Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
15 pasar tani khas dibuka merata Johor jelang Aidilfitri

15 Pasar Tani Pra-Aidilfitri dibuka di seluruh negeri Johor bermula 21 hingga 24 Jun. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Jun 2017 02:07PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 02:09PM

TANGKAK: Sebanyak 15 Pasar Tani Pra-Aidilfitri dibuka di seluruh negeri Johor bermula 21 hingga 24 Jun bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan keperluan untuk sambutan Aidilfitri.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Ismail Mohamed berkata pasar tani khas itu dibuka bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

"Seramai 290 usahawan terlibat di 15 lokasi Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri di 10 daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Tangkak yang dijadual beroperasi seawal 7 pagi.

"Kira-kira 500,000 biji kelapa dan 15,200 ekor ayam serta 120 ekor lembu dipasarkan pada operasi jualan di kesemua pasar tani khas berkenaan kerana bila tiba musim perayaan, permintaan daripada pengguna untuk kedua-dua bahan mentah itu akan meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis pelancaran pasar tani khas berkenaan peringkat negeri di Kompleks Pasar Tani Kekal, Bukit Gambir hari ini (18 Jun).

Turut hadir Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor Zainal Abidin Yang Razalli dan Pegawai FAMA Tangkak Rahim Md Diah.

Encik Ismail berkata jumlah kelapa yang dipasarkan itu merupakan sebahagian daripada bekalan kelapa import di seluruh negara yang sehingga Mei lalu adalah sebanyak 13 juta biji dan dijangka mencecah 17 juta biji menjelang Aidilfitri.

Menurut beliau bekalan sayur-sayuran juga dijangka mencukupi sepanjang bulan Ramadan sehingga Syawal dan pengeluaran komoditi utama seperti cili merah dan kacang panjang di Johor dilihat konsisten dengan pengeluaran purata sebanyak 800 metrik tan (MT) dan 1,500 MT sebulan.

Katanya dengan adanya pasar tani khas itu, orang ramai mempunyai pelbagai pilihan tempat bagi mendapatkan keperluan mereka serta boleh membuat perbandingan harga sekali gus mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. 

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan