Skip to main content

Iklan

Iklan

Warga asing turut ceriakan suasana Aidilfitri di Rumpah Tempangan Pertapis

Seawal jam 9.30 pagi, Cik Jayne Yen sekeluarga, sudah sibuk menghidangkan juadah kepada para penghuni. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sifat ihsan tidak mengenal bangsa atau agama. Pagi tadi (6 Julai) seorang penderma bukan Muslim menceriakan sambutan Syawal para penghuni Rumah Tumpangan Warga Tua Pertapis.

Seawal jam 9.30 pagi, Cik Jayne Yen sekeluarga, sudah sibuk menghidangkan juadah kepada para penghuni.

Seramai 37 penghuni dijamu dengan juadah Hari Raya hasil sumbangan Cik Yen sendiri.

Ini merupakan tahun ketujuh, Cik Yen mengambil inisiatif untuk menceriakan pagi Syawal para penghuni di sana yang kebanyakannya tidak mempunyai anggota keluarga di sisi untuk beraya bersama.

"Para penghuni sentiasa dalam ingatan kami. Dan kami lakukan ini kerana mahu menggalak keharmonian kaum dan kami harap orang ramai akan mencontohinya," kata Cik Jayne Yen.

"Kami nenek-nenek dan datuk mengucapkan terima kasih. Kami sangat gembira dalam bulan puasa dan terawih yang cukup kami kerjakan dengan sempurna dan dalam keadaan kami sihat, Hari Raya seperti ini ada orang beri kita makan dan habuan. Hanya Allah sahaja yang membalasnya," kata seorang penghuni bernama Rohani. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan