Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sazzy Falak bantu golongan yang memerlukan melalui Fabrik Kasih

Sazzy Falak membantu golongan anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya (OKU) dan warga tua dalam program Fabrik Kasih.

Anggaran Waktu Membaca:
Sazzy Falak bantu golongan yang memerlukan melalui Fabrik Kasih

Gambar: Facebook/iM4Ufm

Diterbitkan : 15 Jul 2016 08:22PM Dikemas Kini : 15 Jul 2016 08:29PM

MALAYSIA: Pelakon, pengacara dan kini seorang pereka fesyen, Sazzy Falak membantu golongan anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya (OKU) dan warga tua dalam program Fabrik Kasih.

Ditukil dari laporan Astro Gempak, Sazzy mengatakan, "Program itu menampilkan koleksi Raya yang disediakan para pelajar dari empat kejuruan. Para pelajar tersebut mengambil masa enam minggu untuk menjahit 275 pasang baju Raya di bawah bimbingan saya."

Menurut Astro Gempak, Fabrik Kasih merupakan program kerjasama antara iM4U dengan Kumpulan Sunway dan empat kolej kejuruan yang terdiri daripada Kolej Vokasional Datuk Undang Mohd Sarip, Rembau, Kolej Vokasional Sepang, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting dan Kolej Vokasional Setapak.

"Saya memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada para pelajar tersebut dari segi rekaan, ukuran, pemilihan fabrik dan jahitan untuk menghasilkan ciptaan mereka," tambah beliau.

Tujuan program itu adalah untuk meraikan kemeriahan bulan Syawal dengan golongan anak yatim, ibu tunggal, OKU dan warga tua dari Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas, PErsatuan Ibu Tunggal Warga Sabah dan Semenanjung serta Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih sempena Hari Raya, menurut Astro Gempak.

"Terima kasih kepada iM4U kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai program istimewa ini.

Selain diberi peluang bekerjasama dengan sekumpulan pereka fesyen muda berbakat, saya dapat juga menggembirakan golongan anak yatim, ibu tunggal, OKU dan warga tua sempena Hari Raya," ujar Sazzy.

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan