Skip to main content

Iklan

Iklan

Raya istimewa bagi pendayung negara Saiyidah Aisyah

Namun untuk Syawal ini, Aisyah pulang bercuti dari latihan di Sydney, selama empat hari.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bagi pendayung negara, Saiyidah Aisyah, Hari Raya tahun ini merupakan detik istimewa yang jarang dialaminya kerana dapat meraikannya bersama keluarga.

Aisyah merupakan satu-satunya anak Melayu dan pendayung pertama Singapura yang akan mewakili negara di Sukan Olimpik di Rio.

"Aisyah mendapat inspirasi daripada para atlit yang lain terutama para atlit yang sudah mencapai tahap Olimpik ataupun tahap yang tinggi. Aisyah banyak membaca ataupun menonton dokumentari, atau biografi para atlit ini untuk mendapat inspirasi daripada mereka.

"Ini kerana cabaran yang mereka lalui kadangkala sama dengan cabaran yang Aisyah lalui adakalanya lebih susah, lebih mencabar dan mereka dapat melalui cabaran itu. Itu memberi Aisyah dorongan untuk terus berusaha," kata beliau.

Latihan gigih yang dijalani Aisyah di luar negera untuk menjadi pendayung terbaik negara, menyebabkan dia jarang dapat berhari raya bersama keluarganya di sini.

Namun untuk Syawal ini, Aisyah pulang bercuti dari latihan di Sydney, selama empat hari.

"Tahun ini sungguh istimewa kerana kakak saya ada di Singapura untuk raikan Hari Raya dengan keluarga. Bukan senang dapat meraikannya satu keluarga kerana setiap tahun kakak saya raikan Hari Raya dengan teman-temannya di Australia atau di London," kata adik Aisyah, Syahir Ezekiel.

Bagi ibunya pula, walaupun rasa rindunya belum terubat sepenuhnya, masa singkat beraya bersama Aisyah tetap dihargai.

"Semestinya saya rindukan dia di rumah. Macam sekarang saya gembira sekali hari ini sebab dia ada di rumah, hari raya ini. Itu yang saya doakan selama ini," ujar Cik Sumiati Buang ibu Aisyah pula.

Selain gigih mengejar impiannya dalam bidang sukan, Aisyah juga gemar membuat kuih tetapi masakan ibunya akan dirindui, lebih-lebih lagi semasa Syawal.

"Sudah tentunya, Aisyah akan merindui makanan yang tidak terdapat di luar negeri," kata Aisyah.

Aisyah dijadulkan berangkat ke Rio, Brazil pada hujung minggu ini.

Sukan Olimpik Rio bakal berlangsung dari 3 hingga 21 Ogos depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan