Skip to main content

Iklan

Iklan

PM Lee beri ucapan Hari Raya

PM Lee mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua Muslim, menurut satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee beri ucapan Hari Raya

Gambar fail Bazar Geylang Serai. (Gambar: TODAY/Wee Teck Hian)

Diterbitkan : 06 Jul 2016 07:20PM Dikemas Kini : 06 Jul 2016 07:21PM

SINGAPURA: Sedang ribuan Muslim di Singapura menyambut Hari Raya dengan sanak saudara hari ini (6 Julai), Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.

PM Lee mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua Muslim, menurut satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.

Dalam satu catatan Facebook hari ini, beliau berkata beliau berharap semua Muslim dapat menikmati sambutan yang meriah dengan sanak saudara tercinta selepas sebulan berpuasa.

Semasa bulan Ramadan yang bermula pada 6 Jun lepas, PM Lee menghadiri majlis berbuka puasa dengan ratusan masyarakat Islam di Masjid Al-Islah di Punggol. Beliau juga menggalak orang ramai untuk ke Geylang Serai bagi merasakan kemeriahan suasana dan makanan yang lazat dalam laman Facebook beliau.

Istana juga akan dibuka kepada orang ramai mulai 8.30 pagi hingga 6.00 petang hari ini sempena perayaan Hari Raya.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan