Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Kita tidak tahu ajal kita bila", Fahdil minta maaf dari ibu setelah bertahun tidak beraya bersama

Suasana syahdu memecah kesunyian pagi raya di kediaman keluarga Cik Rahamah Sabtu, 86 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jul 2016 09:05PM Dikemas Kini : 07 Jul 2016 09:13PM

SINGAPURA: Bagai air dicincang tidak akan putus.

Itulah yang dapat dibayangkan seorang anak yang 'Mencari Kedamaian' dengan ibu tersayang setelah beberapa tahun.

Suasana syahdu memecah kesunyian pagi raya di kediaman keluarga Cik Rahamah Sabtu, 86 tahun.

Cik Rahamah dan anaknya Mohd Fahdil Uyob, 46 tahun, bersatu kembali setelah beberapa tahun tidak beraya bersama.

"Tidak kira berapa tahun tidak datang. Besar hati, mak kan, ibu, lihat anak-anak datang, besar hati," kata Cik Rahamah.

Seperti kebanyakan keluarga, Fahdil, anak bongsu dari sembilan beradik itu juga tidak terlepas dari persengketaan.

"Selama ini apa yang saya lakukan dan perasaan, memang orang kata dah lama tak berjumpa, jadi rasa macam kegembiraan membuak, bila saya jumpa ibu saya," Fahdil memberitahu BERITAMediacorp.

Namun, semua itu terlerai sudah apabila Fahdil menyahut cabaran untuk menyertai inisiatif 'Mencari Kedamaian'.

Diilhamkan oleh syarikat penerbitan tempatan Screenbox, konsep 'Mencari Kedamaian' itu menguar-uarkan orang-orang yang ingin berdamai semula dengan yang tersayang.

Sejak dimuat turun di laman Facebook, video Fahdil dan ibunya sudah ditonton lebih 600,000 kali dan dikongsi lebih 18,000 kali termasuk di kalangan pengguna media sosial seberang tambak.

"Kepada mereka yang kalau sudah lama tidak berjumpa ibu mereka, inilah waktu yang sebaik-baiknya sebab kita sebagai manusia, kita tidak tahu ajal kita bila, mungkin kita mungkin ibu kita dulu, jadi saya nak tekankan di sini orang kata keredhaan Allah itu datang daripada keredhaan ibu bapa kita," kata Fadhil.

Siri tiga episod 'Mencari Kedamaian' boleh ditonton di laman Facebook POKKA dan Screenbox. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan