Skip to main content

Iklan

Iklan

Kini Syawal, namun sebahagian muallaf akur cabaran Ramadan

Selama tujuh tahun lepas, jumlah muallaf diislamkan di Singapura berada di paras konsisten antara 600 dengan 700 setahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kini Syawal, namun sebahagian muallaf akur cabaran Ramadan

Cik Hilda Bondoc dan Cik Norma Cachola di upacara tersebut. (Gambar: Ray Yeh)

Diterbitkan : 06 Jul 2016 05:42PM Dikemas Kini : 06 Jul 2016 05:48PM

SINGAPURA: Setengah jam sebelum majlis itu, Hilda Bondoc dan Norma Cachola duduk diam di kalangan sekumpulan wanita seronok berbual.

Ada cemas dengan tingkah laku Cik Cachola dan Cik Bondac.

Kedua-dua warga Filipina hadir sekitar 10.00 pagi untuk berjumpa dengan kawan mereka dan berpakaian baju kurung dan bertudung.

Setiap Ahad, mereka akan berada di Darul Arqam berhampiran Geylang Serai. Itulah bangunan Darul Arqam Singapura (MCAS) yang menyediakan kelas agama percuma dalam pelbagai bahasa termasuk Tagalog.

Cik Bondoc dan Cik Cachola adalah pelajar kursus asas mengenai Islam.

Cik Bondoc ialah seorang amah di Singapura selama tujuh tahun dan Cik Cachola pula selama sembilan tahun.

Rasa cemas itu disebabkan mereka akan menjalani upacara untuk memasuki Islam.

Upacara yang dihadiri pegawai pendaftaran dan dua orang saksi, kedua-dua wanita melafazkan dua kalimah syahadah dalam Bahasa Arab.

Selama tujuh tahun lepas, jumlah muallaf diislamkan di Singapura berada di paras konsisten antara 600 dengan 700 setahun.

Lebih setengah daripada jumlah itu melibatkan warga asing, ada daripada mereka ke Singapura hanya untuk membuat penghijrahan itu.

Menurut Timbalan Pengurus MCAS Iskandar Yuen Abdullah ini disebabkan sistem unik Singapura.

“Proses di Singapura menggunakan pendekatan yang holistik. Kami menawarkan pemahaman Islam, peluang rangkaian sosial dan kami ada kursus-kursus asas hingga lanjutan.

“Mereka juga akan menerima kad rasmi di akhir perbualan untuk membuktikan mereka Muslim supaya tiada perbalahan atau pertingkaran pada masa depan. Ia unik (di Singapura),” kata beliau.

Kedua-dua mereka juga sempat berkongsi kepada wartawan Mediacorp mengenai pengalaman teman mereka yang menghadapi pelbagai cabaran semasa Ramadan iaitu tahan lapar, haus dan fahaman daripada bos-bos mereka. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan