Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inkubator Kepimpinan diluaskan, karyawan muda dipadankan dengan pemimpin masyarakat

Ia adalah satu usaha untuk menyuntik kesegaran kepada institusi serta badan kemasyarakatan dari sudut kepimpinan dan pelaksanaan visi dan misinya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan bahawa MENDAKI akan memperluaskan program Inkubator Kepimpinan Kelab Mendaki (LI) yang akan menggabungkan sebuah skim mentor bagi menyediakan para karyawan dengan sokongan dari para pemimpin masyarakat yang lebih berpengalaman.

Ia adalah satu usaha untuk menyuntik kesegaran kepada institusi serta badan kemasyarakatan dari sudut kepimpinan dan pelaksanaan visi dan misinya.

Sebagai mentor, para pemimpin masyarakat boleh berkongsi pandangan mereka dengan para karyawan yang lebih muda.

Berucap di Majlis Perjumpaan Hari Raya malam ini tadi (15 Jul), Dr Yaacob berkata, satu latihan dalam program itu juga akan memberikan para karyawan muda peluang untuk bekerjasama dengan para mentor mereka untuk mendalami cabaran-cabaran yang dihadapi masyarakat.

Di masa depan, LI diharap akan dibangunkan sebagai sebuah institusi utama untuk masyarakat yang boleh mengenalpasti dan memupuk pemimpin berpotensi.

Dr Yaacob menarik perhatian tentang situasi global hari ini yang berpecah-belah disebabkan ketidaksetaraan yang meningkat dan keprihatinan mengenai kemasukan pendatang. Keputusan Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah atau Brexit, adalah satu contoh.

Masyarakat kita katanya berhadapan dengan persoalan mengenai tempat kita di negara ini kerana kadar kelahiran yang merosot.

Maka itu perlu untuk satu kumpulan pemimpin pelapis yang mempunyai pengetahuan tentang lanskap global, dan komited untuk membantu masyarakat mengharungi masa mencabar ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan