Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ini antara ucapan Hari Raya paling kreatif tahun ini dan pasti cuit hati anda

Saban tahun, apabila tiba bulan Syawal, pasti ada sahaja pelbagai video dan gambar menarik yang dapat kita tatap di lelaman media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Saban tahun, apabila tiba bulan Syawal, pasti ada sahaja pelbagai video dan gambar menarik yang dapat kita tatap di lelaman media sosial.

Daripada orang-orang biasa hinggalah ke orang terkenal, semuanya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya menerusi cara yang paling kreatif.

Ini antara beberapa ucapan Hari Raya paling kreatif yang dapat kami kutip di media sosial:

1. Di Singapura, Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin boleh dinobatkan sebagai Anggota Parlimen yang menampilkan ucapan Hari Raya paling 'cun'! Beliau menonjolkan bakat terpendam dengan berlakon dan berdikir barat.

Menerusi video yang dimuat naik ke laman Facebook Encik Amrin, beliau bermain canang dan rebana bersama sekumpulan belia dari sebuah kumpulan dikir barat.

Tambah menarik lagi apabila video tersebut dibuat dengan efek-efek menarik lagi kreatif.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Mohon maaf zahir dan batin.Have a good Wednesday everyone!

Posted by Amrin Amin on  Tuesday, 5 July 2016
 

2. Seorang lagi AP, iaitu Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing turut memuat naik ucapan Hari Raya di laman Facebook beliau.

Meskipun tiada video lucu mahupun kreatif, beliau boleh dipuji kerana atas usahanya memuat naik gambar beliau mengenakan baju Melayu lengkap dengan songkok bagi menyampaikan ucapan kepada umat Islam yang menyambut lebaran.

Malah, ucapan beliau ditulis dalam bahasa Melayu!

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di Singapura! Semoga sambutan anda cukup meriah dan bermakna, bersama...

Posted by Chan Chun Sing on  Tuesday, 5 July 2016

3. Di negara jiran pula, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin menonjolkan kebolehannya menyanyi dan bermain muzik.

Beliau memuat naik sebuah video di laman Facebooknya, di mana beliau mendendangkan lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Elina, berserta petikan gitar.

Sejak dimuat naik, video tersebut dikongsi lebih 1,000 kali.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Sorry about the low cost production, clearly Raif is not impressed!

Posted by Khairy Jamaluddin on Tuesday, 5 July 2016

4. Sebuah lagi video ini, bukanlah daripada ahli politik, namun ia adalah ucapan hari raya daripada dj-dj radio ERA FM, Ray, Hanif dan Johan.

Johan mencuit hati warga siber dengan menyampaikan ucapan Hari Raya dengan meniru gaya suara pendakwah popular antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Suaranya yang begitu mirip dengan Dr Zakir Naik mampu membuatkan sesiapa sahaja yang menonton video tersebut tertawa!

Ucapan Selamat Hari Raya - JoHaRa Pagi ERA#BerikanMasa #Raya2016

Posted by ERA fm on Tuesday, 5 July 2016

5. Seorang lagi DJ dari stesen radio mix FM, Matt, juga tidak mahu ketinggalan menyampaikan ucapan Hari Raya dengan caranya sendiri.

Beliau, yang berbangsa Cina memukau perhatian dengan kemampuannya mendendangkan lagu raya dengan baik.

Video yang dimuat naik ke laman Facebook juga bukan biasa-biasa sahaja, sebaliknya, beliau menyampaikan lagu Selamat Hari Raya daripada Saloma dengan gaya 'acapella'.

Selamat Hari Raya Aidilfitri; Maaf Zahir & Batin from Matt. Acapella style!#MIXSlowJams

Posted by MIX fm on Wednesday, 6 July 2016
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan