Skip to main content

Iklan

Iklan

Encik Masagos, penduduk Tampines tunaikan solat raya terakhir di Masjid Darul Ghufran

Ini merupakan solat Aidilfitri terakhir di masjid itu yang bakal dirobohkan untuk dibangunkan semula.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli yang juga AP GRC Tampines menyertai para penduduk kawasan itu melakukan solat Hari Raya di Masjid Darul Ghufran.

Ini merupakan solat Aidilfitri terakhir di masjid itu yang bakal dirobohkan untuk dibangunkan semula.

Bangunan barunya dijadual siap menjelang akhir 2018 dan ruang solatnya akan diperluaskan, boleh menampung 5,500 jemaah berbanding 4,000 orang sekarang.

"Dengan itu, saya berterima kasih kepada semua jawatankuasa Masjid Darul Ghufran dan juga penduduk Tampines yang bekerjasama demi memakmurkan masjid dan untuk meneruskan usaha membangunkan masjid," kata Encik Masagos. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan