Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Empat generasi keluarga sambut Raya di bawah satu bumbung

Sambutan Hari Raya tentunya lebih bermakna jika dilakukan bersama orang-orang tersayang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2016 09:09PM Dikemas Kini : 09 Jul 2016 09:16PM

SINGAPURA: Sambutan Hari Raya tentunya lebih bermakna jika dilakukan bersama orang-orang tersayang.

Bagi sebuah keluarga India Muslim di Singapura, perkara itu sudah menjadi satu kemestian kerana musim perayaan inilah masanya untuk keempat-empat generasi keluarga tersebut berkumpul di bawah satu bumbung.

Setiap kali raya menjelma, suasana di rumah keluarga Shaikh Dawood memang meriah.

Jika ruang tamu dan makannya kecoh dengan para anggota keluarga yang beramah mesra sambil menjamu selera, dapurnya pula sibuk dengan kaum wanita yang tidak menang tangan menyiapkan pelbagai juadah raya.

Sejak lebih sedekad lalu, sebuah flat di Woodlands menjadi tempat berkumpul bagi lebih 30 anggota keluarganya. Mereka merangkumi empat generasi keluarga, dengan anggota tertuanya berusia 80 tahun manakala yang termuda baru berusia lapan bulan.

Ada juga ahli keluarga yang datang jauh dari Malaysia demi meraikan lebaran bersama keluarga tercinta.

Salah seorang anggota keluarga besar itu, Cik Chitti Faridah Babe berkata: "Ia bagi memupuk hubungan antara ahli keluarga, terutamanya kami mahukan tradisi ini diikuti anak-anak kami kerana saya sendiri mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

"Anak perempuan sulung saya sudah berkahwin dan beliau kini berada di rumah ibu bapa mertuanya, oleh itu beliau tahu nilai menghargai hubungan itu."

Cik Chitti percaya nilai sedemikian penting diturunkan kepada generasi muda dan beliau berharap ia dapat diteruskan untuk generasi-generasi akan datang. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan