Dr Maliki sertai 1,200 jemaah Masjid Al-Taqua bagi solat Aidilfitri
Suasana Aidilfitri di sana turut dialami sendiri para AP GRC East Coast yang lainnya serta lebih 50 pemimpin akar umbi berbilang kaum dan agama.
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan yang juga Anggota Parlimen GRC East Coast, Dr Mohd Maliki Osman menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Taqua bersama-sama lebih 1,200 jemaah yang lain.
Suasana Aidilfitri di sana turut dialami sendiri para AP GRC East Coast yang lainnya serta lebih 50 pemimpin akar umbi berbilang kaum dan agama.
Dr Maliki berkata meskipun rakyat tempatan perlu sentiasa berwaspada, mereka tidak boleh membiarkan siri serangan pengganas baru-baru ini menjejas semangat merayakan Aidilfitri.
Beliau menambah, acara-acara seperti itu juga menegaskan lagi tentang keharmonian masyarakat majmuk Singapura.
"Kehadiran para penduduk bukan Islam di GRC East Coast hari ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam yang hadir di Masjid Al-Taqua ini.
"Bukan sahaja untuk mengucapkan Selamat Hari Raya tapi untuk memberi sokongan bahawa apa yang mereka lihat berlaku di Madina, di Bangladesh adalah ancaman keganasan atau perbuatan pengganas yang mereka kutuk sama sekali. Ini adalah satu aspek ancaman keganasan yang kita perlu ambil berat hari ini," kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.