Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mufti Kelantan "tiada hak" gesa bukan Islam jangan berpakaian menjolok mata

Mufti Kelantan tidak ada hak untuk menggesa warga bukan Islam di negara itu supaya jangan mengenakan pakaian menjolok mata semasa Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Kelantan "tiada hak" gesa bukan Islam jangan berpakaian menjolok mata

Gambar hiasan bendera Malaysia dan negeri Kelantan. (Gambar: AFP/Tengku Bahar)

Diterbitkan : 14 Jun 2016 12:19PM Dikemas Kini : 14 Jun 2016 12:23PM

KUALA LUMPUR: Mufti Kelantan tidak ada hak untuk menggesa warga bukan Islam di negara itu supaya jangan mengenakan pakaian menjolok mata semasa Ramadan.

Demikian menurut presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Mah Siew Keong semalam (12 Jun) seperti ditukil laman Malaysiakini.

Menurut laporan itu, Datuk Mah berkata kumpulan-kumpulan agama di Malaysia saling menghormati dan memahami tradisi dan budaya antara satu sama lain.

Justeru katanya, mereka tahu cara berkelakuan sopan semasa bulan puasa.

"Saya rasa Mufti Kelantan tidak ada hak untuk memberitahu rakyat cara mengenakan pakaian, rakyat berbangsa Cina akan mengenakan pakaian yang mereka rasa sesuai.

"Saya pasti orang ramai tidak akan berpakaian tidak senonoh. Jadi tolong lah, kami menghormati antara satu sama lain di negara berbilang bangsa ini.

"Saya pasti orang bukan Islam pun tahu cara berpakaian dengan betul, tak perlu keluarkan kenyataan seperti ini," kata Datuk Mah seperti ditukil Malaysiakini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini ditukil laporan New Straits Times sebagai berkata, warga bukan Islam tidak sepatutnya berpakaian menjolok mata kerana ia mungkin haram dilihat oleh orang Islam yang sedang berpuasa.

Justeru katanya, warga bukan Islam sepatutnya bertimbang rasa dan berpakaian sopan agar orang Islam tidak terbatal puasa.

Menurut NST, Mufti Kelantan juga menggesa warga bukan Islam mengelak dari makan atau minum di hadapan orang Islam semasa Ramadan.

Selain itu, beliau juga berkata wanita Islam harus berpakaian sopan serta berjaga-jaga dengan kelakuan dan cara pertuturan mereka.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan