Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tragedi Aidilfitri: Kanak-kanak perempuan, 3 tahun maut dilanggar kereta dipandu bapa

Kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 malam, ketika bapa mangsa sedang membetulkan kedudukan keretanya ketika berkunjung ke rumah anggota keluarga sempena Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Tragedi Aidilfitri: Kanak-kanak perempuan, 3 tahun maut dilanggar kereta dipandu bapa

Gambar hiasan kereta polis Malaysia. (Gambar: AFP/Kamarul Akhir)

Diterbitkan : 18 Jul 2015 03:11PM Dikemas Kini : 18 Jul 2015 03:23PM

SANDAKAN, SABAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dilanggar kereta pacuan empat roda dipandu bapanya di Taman Sejati Ujana malam tadi.

Kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 malam, ketika bapa mangsa sedang membetulkan kedudukan keretanya ketika berkunjung ke rumah anggota keluarga sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata mangsa dikenali sebagai Mutia Noraini Ayup, mati akibat kecederaan parah di kepala.

ACP Zabidi berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama bapa, ibu dan tiga adik-beradiknya pergi beraya di rumah bapa saudaranya di taman perumahan itu.

Menurut Zabidi, apabila tiba di hadapan rumah berkenaan, bapa mangsa yang berusia 38 tahun menurunkan semua penumpang termasuk mangsa, sebelum bertindak membetulkan keretanya ke arah hadapan.

Ketika itu, dia merasa seperti terlanggar sesuatu dan isterinya yang berada di hadapan rumah menjerit lalu dia turun mendapati anak ketiganya dilanggar tayar hadapan kanan kenderaan itu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess of Ken, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Sumber : Bernama/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan