PM Britain ucap selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Twitternya
Perdana Menteri Britain, David Cameron mengucapkan Selamat Lebaran di akaun Twitternya.
Merdeka.com - Perdana Menteri Britain, David Cameron mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Twitternya.
Wishing a very happy and peaceful Eid to all the families and friends coming together to mark the end of Ramadan. #EidMubarak
— David Cameron (@David_Cameron) July 17, 2015
Dalam catatannya itu, Encik Cameron mengatakan turut bergembira bersama umat islam yang merayakan Aidilfitri.
"Saya ucapkan selamat menyambut Aildilfitri kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang akan datang bersama-sama untuk menandakan berakhirnya Ramadan," kata Encik David Cameron, seperti ditukil merdeka.com dari Twitternya.
Para netizen menanggap kata-kata Encik Cameron itu sesuatu yang positif.
Salah seorang yang membalas tweet Perdana Menteri Britain ini adalah Ansar Burney.
Encik Ansar, seorang aktivis dari Pakistan membalas tweet Encik Cameron dan berharap beliau terus mendapat kedamaian dan keberkatan dalam menjalankan tugasnya.
Sementara itu, muslim di Britain tidak perlu bimbang merayakan lebaran tahun ini kerana jagaan dari pihak polis diperketat untuk terus menjaga kedamaian di negara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.