Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muslim Uighur di China sambut Aidilfitri tidak lama selepas kejadian rusuhan kaum

Keselamatan diletakkan pada tahap yang tinggi di tempat-tempat di mana Muslim Uighur sering berkumpul, sementara mereka menyambut hari raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jul 2015 04:05PM Dikemas Kini : 18 Jul 2015 04:13PM

BEIJING, CHINA: Masyarakat minoriti Islam di China menyambut hari raya, hanya beberapa hari selepas satu kejadian rusuhan kaum.

Tiga penduduk Muslim Uighur ditembak mati pihak berkuasa di Shenyang minggu ini.

Mereka dikatakan pengganas yang membawa pisau dan menentang penangkapan.

Sebagai langkah pencegahan, beberapa bandar China yang lain diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Namun, keadaan itu tidak menjadi hambatan kepada umat Islam China daripada menyambut Aidilfitri.

Bau daging bakar memenuhi udara sejurus melangkah masuk ke bazar makanan yang dikenali sebagai "Pasar Muslim Shanghai" oleh kebanyakan penduduk tempatan. Jalan-jalannya sibuk dengan pengunjung setiap hari Jumaat bertepatan dengan solat Jumaat di masjid.

Seorang penjaja di "Pasar Muslim Shanghai". (Gambar: CNA/Valarie Tan)

Seorang penjaja di "Pasar Muslim Shanghai". (Gambar: CNA/Valarie Tan)

Antara yang mendapat perhatian ramai ialah kedai-kedai yang menjaja makanan asli dari Xinjiang, wilayah barat China.

Sajian paling popular termasuk kebab kambing dan buah-buah kering yang diimport langsung dari Hotan di Xinjiang.

Hujung minggu ini lebih penting bagi para penduduk minoriti Muslim di sini, yang kebanyakannya dari Xinjiang.

Bagaimanapun kawasan itu juga diawasi dengan teliti oleh polis, sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini memandangkan berlakunya beberapa serangan kaum etnik itu di Xinjiang.

Kurangnya pembangunan ekonomi di wilayah itu dianggap sebagai salah satu punca utama berlakunya rusuhan.

Meskipun pemerintah berusaha untuk memperbaiki keadaan, ramai memilih untuk mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain.

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan