Menteri Masagos sertai sambutan Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi S'pura di Brunei
Majlis yang diadakan di Jerudong Polo Club House itu diharapakan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara negara Brunei Darussalam dan Singapura.
JERUDONG: Satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Singapura di Brunei diadakan siang tadi.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam dan Luar Negeri, Masagos Zulkifli hadir bersama tetamu kenamaan lain.
Majlis yang diadakan di Jerudong Polo Club House itu diharapakan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara negara Brunei Darussalam dan Singapura.
Menteri Negara bagi Pembangunan Negara dan Pertahanan, Dr Maliki Osman serta Menteri Negara Pembangunan Negara, Desmond Lee turut hadir bagi meraikan majlis itu.
Antara tetamu yang hadir termasuk warga Singapura yang bekerja dan menetap di Brunei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.